Kepada En. Hisyam dan rakan-rakan,
Maaf lah..lambat sikit update blog saya ni..banyak keje sejak kebelankangan ni..bila outstation, kemudahan internet susah sikit..
Bangun pagi…gosok gigi…mandi..ape lagi..siap-siap la nak gi camping nih..semua barang2x pun dah siap dah..Gerak!!!!..tapi saya mesti ke Cyberjaya dulu, bergerak sekali dengan Maznan, Hafizam dan Azroy..kami menaiki kenderaan Hafizam..kira makan masa 4 jam jugak la kalau nak sampai ke destinasi dari Cyberjaya..kami sebenarnye 8 orang termasuk 1 orang perempuan..tapi..ada yang dah gerak dulu tunggu di sana dan ada yang tunggu di perhentian R&R lebuh raya.
Hari pertama (dekat-dekat nak petang gak la) kami sampai di Jeti Tanjung Harapan Tasik Cenderoh, Perak…kami menunggu bot untuk membawa kami ke tapak perkhemahan... masa menaiki bot tuh..memang cantik la permandangan..macam kat Tasik Kenyir la plak rasenye..setelah sampai di tapak perkhemahan (tak sampai 5 minit je kot sampai) kami di arahkan melaporkan diri kepada En. Firdaus iaitu salah seorang pensyarah fakulti sains sukan memandangkan En. Hisyam ada aktiviti bersama pelajar lain. Kami telah diberikan sedikit taklimat dan salam. Selepas itu bermula lah aktiviti pertama kami iaitu mendirikan khemah iaitu sebanyak 4 buah khemah telah didirikan. Khemah Cik Ain kita paling kecil..hahaha…kalau tak perasan di waktu malam, boleh terlanggar dan roboh serta merta. Selepas itu kami diderikan taklimat berkenaan aktiviti kayak bersama-sama pejalar full time degree sekali di khemah pusat. Hampir 1 jam lebih sesi taklimat tersebut rasanya.. Aktiviti seterusnya jeng..jeng..jeng..ni aktiviti yang paling aku suke..pakai PFD jacket pastuh terjun dalam tasik..dekat 2 jam kot berendam..berenang sana sini..macam-macam skill berenang semuanya..tapi sebelum tu kami di beri penenrangan berkenaan penggunaan PFD jacket ni..kalau tak tahu guna pun boleh tenggelam..seronok tu tak payah cakap la..kalau dah berani berenang sampai ke tengah-tengah tasik dengan PFD jacket..lastly baru kami tahu yang aktiviti tersebut adalah “water confident”.confident kot berenang dengan pakai PFD jacket nih..tak payah duk takut tenggelam..tapi apa ada dalam tasik bawah kaki kite pun..kite tak tahu..hahahaha..paham-paham jer la..
Berendam punye berendam..naik balik ke darat la..tangan dan kaki ni letih juga berenang..tapi bila dah seronok..rase letih pun hilang..pensyarah tersebut ( lupa pula nama dia) suruh kami tukar pakaian..kami pun cepat2x tukar..datang balik tepi tasik..kami kena rendam balik..hahahaha..terkejut la kami..rupa-rupanya..kami kena lakukan aktiviti survivor plak..aduhhhh….hahahahaha..memang tak berapa nak bersedia la mase tuh..(name pun survivor ye tak?).. kami diberikan kepada 2 kumpulan yang di beri nama Kumpulan Gaban dan Kumpulan Power Rangers..hahahaha…macam dalam TV pulak..tapi apa pun itu hanyalah nama kumpulan je kot..saya termasuk dalam Kumpulan Gaban yang dianggotai oleh Hafizam, Syed, Azroy dan saya..manakala Kumpulan Power Rangers pula di anggotai oleh Rusdi, Maznan, Ain dan Fayadh..setiap kumpulan di berikan 2 mess tin, 2 biji telur, 2 biji ubi kentang, 2 botol mineral (1 botol kosong), 1 tin berisi Sardin, 1 kanvas, 3 batang mancis dan sebilah parang. Apa lagi..kami pun dengan kuyup kebasahan ni pergi la ke temapat menunggu bot..naik je bot kami di bawa ke Pulau Survivor dimana kami akan survive di sana utk sehari..kami berempat di bawa ke lokasi tempat untuk kami meneruskan hidup dalam semak hutan..hahahaha..Apa Yang Penting? Kerjasama!!!..itu la slogan kami..hahaha..apa lagi..kami agihkan tugas Azroy dan Syed ditugaskan mendirikan khemah dan saya dan Hafizam pula mencari kayu api..kami perlu sediakan semua itu secepat mungkin kerana hari dah nak gelap..sebab masuk ke Pulau Survivor pun dah senja..setiap siap jer khemah dah kayu api..kami bergotong royong sediakan khemah, ungun api dan tebas semak kawasan itu..bukan apa..kami takut terkena serangan binatang berbisa..paham-paham jer la kalau tinggal dalam hutan nih..MACAM-MACAM ADA!!..hahahaha... api dah naik..kawasan pun dah bersih sikit..perut pun lapar..tukang masak adalah Syed..sedap ke tak sedap dia masak..kami melantak jer..janji masuk perut sebab dah lapar sangat..pas makan..kami sambung keje masing-masing..yang tebas tu sambung tebas..yang buat khemah pun sambung mencantikkan khemah..mane tahu..dapat plak markah lebih sebab khemah cantik..hari pun semakin gelap..apa yang penting..kite kena pastikan api tidak terpadam di samping berbual-bual..sorang demi sorang terlelap..hahahaha..semuanye letih la katekan…ungun api pun tak terjaga..terpadam pulak di tengah malam..kena nyalakan balik la jawabnya..sedar tak sedar…matahari pun dah naik..hahaha…selamat pagi semua..bestkan survivor..memang best la..bukan senang dapat pengalaman macam ni..nasib baik kena berkumpulan..kalau kena sorang2x? amacam?..setelah hampir tengahari menunggu..akhirnya En. Hisyam pun datang..kami di beritahu untuk mununggu bot untuk balik ke tapak perkhemahan kami..sampainya di khemah..kami pun capai tuala dan mandi bersihkan diri..siap je semua.kami pun makan puas-puas la..hahahaha..nikmatnya dapat makan bubur…
Selesai semua tu..aktiviti seterusnya orintering..waaarrrgghhhhh!!!!..baru nak tidur kejap..tapi taka pa..dengar orintering macam best..so lets try..pergh…rupanye di Pulau Survivor juga..boleh tahan jugak orintering ni..mcm national treasure gak..so keesokan harinya kami melakukan aktiviti kayak seawal pagi..kami di beri peta untuk ke lokasi yang di tuju..pentingnnya peta ni..kalau takde peta..kami dah sesat ke Lautan Hindi dah..hahahaha..walaupun 2 nakhoda 1 kapal..berselisih faham tu biase la..yang penting kita semua sampai dan selesaikan semuanya dengan baik..ingat kayak nih senang?hahaha…kami pun terlanggar antara satu sama lain..tapi..nasib baik takde insiden buruk tengah2x tasik..setelah berjam-jam berkayak di bawah panas terik..kami pulang ke tapak perkhemahan..lunjur je kaki untuk beberapa jam..kami kena tracking (hiking) plak…kali ni panjat Gunung Biong..mendaki ke Puncak Mandi Angin..hahaha..menarik ni…panjat punye panjat..sistem pernafasan aku ni bermasalah pulak..aishhh!!! asma aku datang balik..time2x macam ni plak asma datang menyerang..nasib baik aku memang bawa gas (inhaler)..untuk kecemasan..memang aku dah nak give up dah mase tuh dengan gunung yang membuatkan dahiku bertemu lutut ni..jalan kejap..sedut gas kejap..kali ni memang aku tak leh lupe la..memang nyawa di hujung tanduk..mata jadi kelabu..tapi dengan adanya rakan-rakan yang memberi sokongan..aku teruskan jugak..thanks kepada rakan-rakan yang membantu..aku diberi penghormatan utk jalan di hadapan..so jgn lupe..”aku la yang pertama sampai atas dulu, dan orang yang pertama sampai bawah dulu”..hahaha..maklumlah..orang tak sihat..hahahaha..sampai jer tapak perkhemahan..semua tak sempat nak makan apa..terus terlentang..hahahaha..penat giler kot..malam ni..lepas aku ambil ubat..aku terus tidur..aku tak ingat ape rakan2x ku buat kat luar khemah tuh..hahaha..sorry guys..ubat buat aku mengantuk..and simpan tenaga untuk aktiviti besok..
Keesokan harinya, bangun pagi.. mandi..sarapan pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya..haaaaa….kayuh basikal..fuh..masa kecil dulu memang aku kayuh basikal merata tempat..tapi kali ni kami kayuh off road plak..turun naik bukit..kami diberi taklimat dulu oleh pelajar degree..karang tercabut tayar..tak tahu plak camne nak memasangnya..safety first..itu yang penting..kami ditemani oleh pelajar degree tersebut untuk aktiviti berbasikal..lu memang sporting la bro..besok leh kami join kayuh beskal lagi..hahahaha..lepas kayuh basikal ape plak?hahahaha…ada test untuk knoting plak la..alhamdulillah..selesai test tersebut..senang tak senang sangat la..nasib baik ingat semua cara ikatanya..tengahari nak balik dah kot..kami bergambar la puas2x..Alhamdulillah sekali lagi..kami semua telah selamat menjalan semua aktiviti dengan baik dan selamat..masing-masing gembira dan berpuas hati..rasa macam nak pergi lagi..lepas tu…bawa buah tangan dari hutan…Kutu Babi..hahaha…masing-masing call antara satu sama lain..pertanyaan pertama..”ko kena gigit kat mana?”..hahahaha..aku kena kat kepala..lebam jugak la kepala aku..kepada Azroy…hahaha..hang kena pada tempat yang sulit kan?hahahaha…apa pun…kenangan tu..hahahaha..jangan lupa jumpa doctor..nak tengok gambar-gambar semua..ada pada Rusdi Yanto...saya terlupa bawa camera saya..semoga kita jumpa lagi..Tasik Cenderoh dalam kenangan kami...Chow Lee Chau..